Rahsia Mata Lelaki
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan
adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang
terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada
hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan
Jadi untuk mengawal
nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan
iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki
mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki
ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan
seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai
tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka
perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah
berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana
itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka
wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu
akan turun lagi melihat bentuk
payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu
daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata
lelaki akan turun lagi melihat bentuk
ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka
wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah
sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau
sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai
seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini
nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula
akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong
lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai
stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki
ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang
indah pada pandangan lelaki.
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki
ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan
sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada
pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian
yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami.
Itulah wahai
muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah
selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan
keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung
kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat
dunia akhirat.
Seperti firman
Allah,”Dan
tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu”.
Dunia sekarang telah
banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih
beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk
tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^
No comments:
Post a Comment