Azie memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul
12.00 malam, argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya
sofa itu
jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi.
"Azie, Azie bangun sayang". Ash
mengejutkan
isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Azie
tertidur,
abang nak makan?" tanya Azie. "
"Tak per
lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur
diatas".
Jawapan yang cukup mengecewakan Azie. "Arrggh
rindunya Azie
pada abang, rindu nak makan semeja
dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Azie masak
hari ni,
udang masak merah kesukaan abang," luah
Azie dalam
hati.
"Abang
naiklah dulu Azie nak simpan lauk dalam peti
ais
dulu". pinta Azie sambil menuju ke dapur. Gugur
air mata
isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang
langsung
tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya
sedih
perasaannya.
Azie ambil
dua keping roti sapu jem dan makan untuk
alas perut
kerana dia sememangnya lapar, tapi selera
makannya
terbunuh dengan situasi itu. Azie menghirup
milo panas
sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik
air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi
terguris hati seorang isteri apabila
melihatkan
suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang
tidur dulu
tanpa ucapkan selamat malam, tanpa kucupan
mesra, tanpa
belaian dan tanpa kata-kata kasih abang
pada
Azie", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Azie
pada abang.
" Azie rindu nak peluk abang, Azie nak
kucup abang,
Azie rindu abang".
Selesai solat
subuh Azie panjatkan doa semoga dia
sentiasa
beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan
Ash tercinta,
diberi kesihatan yang baik dan paling
panjang dan
kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan
kekuatan
untuk menempuh segala badai. Selesai
menjalankan
amanat itu, Azie kejutkan Ash,manakala
dia bingkas
menuju ke dapur menyediakan sarapan buat
suami
tersayang. Azie keluarkan ayam dan sayur dan
mula menumis
bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum",
sapa Ash yang sudah siap
berpakaian
untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang".
Azie cuba
bermanja sambil menambah, "abang nak kopi
atau
teh?" Azie tetap kecewa apabila Ash hanya
meminta air
sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan
hendak cepat,
mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati
Azie dan tergesa-gesa keluar dari rumah.
Azie
menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu
"Abang,
Azie belum cium tangan abang, abang belum
kucup dahi
Azie", kata Azie selepas kereta itu
meluncur
pergi. Arrghh rindunya Azie pada abang.
--------------------------------------------------------------------
"Mi,
semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat
pukul 2.00 pagi". Jawab Ash acuh tak acuh.
"Wow
dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi
semalam malam
Jumaatler,kesian bini kau". Zikri
bergurau
nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan
tu, aku ikut
Saiful dan Nazim pergi makan dan
borak-borak,
sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik
pun bini aku
dah tidur. "Balas Ash.
"Sorrylah
aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer
cari alasan
balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk
ajak member
lain pergi fishing, kau ada masalah dengan
Azie
ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali
sejak dari sekolah menengah, sampai ke
universiti
malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah
Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir
aku rasa
malas nak balik rumah, bukan aku bencikan
Azie, kami
tak bergaduh tapi entahlah". terang Ash.
"Well,
aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau,
aku nak
dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas
kerja jom
kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok."
Ringkas jawapan Ash sambil menyambung kembali
merenung plan
bangunan yang sedang direkanya.
---------------------------------------------------------
Azie membuka
kembali album kenangan itu. Tersenyum dia
bila
melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan
Ash. Majlis
ringkas, hanya dihadiri sanak saudara
dan rakan
terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini
pun mujur
sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat
sebegini Azie teringat kembali alangkah
indahnya
sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan
segalanya
pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya
sesiapa. Azie
menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi
suri Ash,
bukan satu tempoh yang pendek.
Azie bahagia
sangat dengan Ash, cuma sejak
akhir-akhir
ini Kebahagiaan itu makin menjauh. Azie
sedar
perubahan itu, dan dia tidak salahkan Ash.
Makinlaju air
matanya mengalir.
"Abang
sanggup menerima Azie, abang tidak menyesal?".
tanya Azie 5
tahun yang lepas.
"Abang
cintakan Azie setulus hati abang, abang sanggup
dan Insya-
Allah abang akan bahagiakan Azie dan akan
abang
tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Azie,".
Janji Ash.
"Walaupun
kita tidak berpeluang menimang zuriat
sendiri?".
Tanya Azie lagi.
"Syyy...
doktor pun manusia macam kita, yang
menentukan
Allah, Insya- Allah abang yakin sangat kita
akan ada
zuriat sendiri", Ash meyakinkan Azie.
Azie masih
ingat saat itu, apabila dia menerangkan
pada Ash dia
mungkin tidak boleh mengandung kerana
sebahagian
rahimnya telah dibuang kerana ada
ketumbuhan.
Harapan untuk mengandung hanya 10-20
peratus
sahaja. Tapi Ash yakin Azie mampu
memberikannya
zuriat. Tapi, itu suatu masa
dahulu,selepas
5 tahun, Azie tidak salahkan Ash
sekiranya dia
sudah mengalah dan terkilan kerana Azie
masih belum
mampu memberikannya zuriat. Walaupun Azie
sudah selesai
menjalani pembedahan untuk membetulkan
kembali
kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah
moden dan
tradisional. Arrghh rindunya Azie pada
abang.
-------------------------------------------------
"Aku tak
tahu macam mana aku nak luahkan Zek,
sebenarnya
aku tidak salahkan Azie, dia tidak minta
semuanya
berlaku, isteri mana yang tidak mahu
mengandungkan
anak dari benih suaminya yang halal,
tapi...
" ayat Ash terhenti disitu.
"Tetapi
kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah
Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia
sebenarnya,
duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir
ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku
rasa simpati
pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan
aku bertukar
sebaliknya", terang Ash.
"Maksudnya
kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas
Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab
aku yang
pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku,
cuma mungkin
aku terlalu berharap, dan akhirnya aku
kecewa
sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Azie
sebab itulah
aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan
elakkan
bersama-samanya macam dulu kerana aku akan
simpati aku
pada dia akan bertukar menjadi perbalahan
" Jelas
Ash.
"Dan kau
puas hati dengan melarikan diri dari dia?
kata Zikri
tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata
korang ambil
saja anak angkat?"
"Anak
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau
tak faham.
Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa
yang sama aku
tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak
aku pun dah
bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi
aku tak
sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak
sanggup".
Ujar Ash.
----------------------------------------------------------
"So you
dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi
berkawan
dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau
ikhlas?"
tanya Ash pada Zati yang dikenali dua
minggu lepas
semasa mengikut teman-teman pergi
memancing.
Sejak itu Zati menjadi teman makan
tengaharinya,
malah kadang teman makan malamnya.
"I
ikhlas Ash, dan I tak kisah kalau jadi yang
kedua, I dah
mula sayangkan you". Zati berterus
terang. Lega
hati Ash, tapi Azie?
--------------------------------------------------------------------
"Abang
Azie tak berapa sihatlah bang, rasa macam nak
demam
saja," adu Azie pagi tu, sebelum Ash ke
pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Azie call teksi
dan pergilah
klinik ye, abang tak boleh hantar Azie
ni."
jawapan Ash yang betul-betul membuatkan Azie
mengalirkan
air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau
Azie sakit
demam Ash sanggup mengambil cuti,
bersama-sama
menemani Azie. Arrgg rindunya Azie pada
abang.
Disebabkan Azie terlalu sedih dan kecewa, dia
mengambil
keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan
dua bijik
panadol, dia terus berbaring. Sehingg ke
petang, badan
dia semakin panas dan kadang terasa amat
sejuk,
kepalanya berdenyut-denyut. Azie menangis lagi.
Malam tu,
seperti biasa Ash pulang lewat setelah
menemani Zati
ke majlis harijadi kawannya. Azie masih
setia
menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan
segala
perasaan rindu dan sayangnya pada Ash. Tak
sanggup lagi
dia menanggung rindu yang amat sarat ini,
rindu pada
manusia yang ada didepan mata setiap hari.
Aargh
rindunya Azie pada abang.
Apabila Ash
selesai mandi dan tukar pakaian, Azie
bersedia
untuk membuka mulut, ingin diluahkan
segalanya
rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang
dia tanggung
sekarang ini akibat dari memendam rasa
rindu yang
amat sarat.
"Abang,
Azie nak cakap sikit boleh?" Azie memohon
keizinan
seperti kelazimannya. "Azie, dah lewat
sangat, esok
sajalah, abang letih," bantah Ash.
"Tapi
esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa,
dan abang
akan balik lambat, Azie tak berpeluang
abang".
ujar Azie dengan lembut.
"Eh..dah
pandai menjawab,"perli Ash. Meleleh air
mata Azie,
dan Ash rasa bersalah dan bertanya apa
yang Azie nak
bincangkan.
"Kenapa
abang terlalu dingin dengan Azie sejak
akhir-akhir
ni? Tanya Azie. "Azie, abang sibuk kerja
cari duit,
dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit
rumah, duit
kereta, belanja rumah dan sebagainya
faham?"
Ash beralasan.
Azie agak
terkejut, selama ini Ash tak pernah
bercakap
kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,
"dulu
Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Azie,
tapi
sekarang?" Ujar Azie.
"Sudahlah
Azie, abang dah bosan, pening, jangan
tambahkan
perkara yang menyesakkan dada", bantah Ash
lagi.
"Sampai
hati abang, abaikan Azie, Azie sedar siapa
Azie, Azie
tak mampu berikan zuriat untuk abang dan
abang bosan
kerana rumah kita kosong, tiada suara
tangis
anak-anak bukan?" Dan Azie terus bercakap
dengan sedu
sedan.
"Sudahlah
Azie, abang dah bosan, jangan cakap pasal tu
lagi abang
tak suka.Bosan betul... "
Pagi tu, Ash
keluar rumah tanpa sarapan, tanpa
bertemu Azie
dan tanpa suara pun. Azie makin rindu
pada
suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam
tu Ash terus
tidak pulang ke rumah, Azie menjadi
risau, telefon
bimbit dimatikan, Azie risau, dia tahu
dia bersalah,
akan dia memohon ampun dan maaf dari
Ash bila dia
kembali. Azie masih menanti, namun
hanya hari
ketiga baru Ash muncul dan Azie terus
memohon ampun
dan maaf dan hulurkan tangan tetapi
Ash hanya
hulurkan acuh tak acuh sahaja. Azie kecil
hati dan
meminta Ash pulang malam nanti kerana dia
ingin makan
bersama Ash. Ash sekadar mengangguk.
Tetapi malam
tu Azie kecewa lagi. Ash pulang lewat
malam. demam
Azie pulak makin teruk, dan esoknya tanpa
ditemani Ash
dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan
lagi.
---------------------------------------------------
Abang
pulanglah abang, pulanglah Azie ingin beritahu
perkhabaran
ini, pulang abang, doa Azie. Azie kecewa
tapi masih
menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah
tidak sabar
lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan
telefon itu
disambut oleh Zikri.
"Syukurlah
Azie kau telefon aku, ada perkara aku nak
cakap ni,
boleh aku jumpa kau? tanya Zikri
"Eh tak
bolehlah, aku ni kan isteri orang, mana boleh
jumpa kau
tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak
Azie. Pilunya
hati Zikri mendengar pengakuan Azie itu.
Setianya kau
perempuan, bisik hatinya.
"Oklah
kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi
dengan mak
aku boleh?" pinta Zikri
"Ok,
kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak
jumpa mak
kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun
lepas
kan?" setuju Azie.
--------------------------------------------------------------------
"Eh
kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Azie
hanya
tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah
makbulkan doa
saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan
betapa dia
sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa
yang Dia
lakukan. Segera Mak Siti mendapatkan Zikri di
ruang tamu
dan khabarkan berita itu. Zikri serba
salah.
"Azie,
aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu
macam mana
nak mulakan, aku harap kau tabah dan
tenang,
sebenarnya Ash dalam proses untuk berkahwin
lagi satu,
dan aku sayangkan korang macam saudara
sendiri, dan
aku tak sanggup rumah tangga korang
musnah macam
ni, kau tanyalah dengan Ash dan
bincanglah,
cubalah selamatkan rumah tangga korang."
terang Zikri.
Azie menangis
semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir
luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah
selalu tidak
balik rumah. Berita gembira yang diterima
pagi tadi,
sudah tidak bermakna. Azie menantikan Ash
sehingga ke
pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari
kemudian Ash pulang dan sibuk mengambil
beberapa
pakaian penting, dan masa ini Azie bertekad
untuk
bertanya. "Ya betul apa yang Azie dengar tu, dan
kami akan
langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan
Azie, itu
janji abang, mak ayah pun dah tahu dan
mereka tak
kisah asalkan abang tidak lepaskan Azie,
kerana mereka
juga sayangkan Azie, dan Azie kena faham
abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan
sedang
dibuat, abang janji takkan abaikan Azie." Janji
Ash.
Azie sayu
mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk
berkata-kata.
Dan segala perkhabaran gembira itu
terbunuh
menjadi khabar duka. Azie terlalu kecewa.
---------------------------------------------------
Ash masih
menanti diluar, rasa amat bersalah
bersarang
dikepala, Sejak dihubungi Zikri, dia
bergegas ke
hospital apabila dimaklumkan Azie pengsan
dan mengalami
pendarahan. Doktor dan jururawat keluar
masuk. Dia
masih resah.
"Insya-Allah
En. Ash, dua-dua selamat". terang
doktor pada
Ash. "Dua-dua, apa maksud doktor? tanya
Ash
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi
dia kena
banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
kukuh, saya
takut banyak bergerak akan menyebabkan
berlaku
keguguran, tapi kami dah mulakan injection
untuk kuatkan
paru-paru baby dan jahitkan rahim dia
dan bersedia
untuk early delivery dalam kes macam ni,"
terang
doktor.
"Ya
Allah Azie mengandung, Ya Allah berdosanya aku
pada Azie,
kesal Ash. Malu rasanya untuk menatap
muka
Azie."Kenapa Azie tak bagi tahu abang yang Azie
mengandung?
kesal Ash.
"Azie
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap
abang sudah
bertunang dan akan berkahwin dengan
perempuan
Azie tak sampai hati bang, Azie tak sanggup
abang malu
dan keluarga abang malu." Jelas Azie.
"Azie
sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak
tu, abang
cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah
abang
bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak
sanggup nak
teruskan hubungan tu lagi kerana abang
akan jadi
ayah tidak lama lagi." janji Ash.
Kesal kerana
mengabaikan Azie yang mengandung itu,
membuatkan
Azie risau dan akhirnya pitam dihalaman
rumah,
mujurlah ada jiran nampak dan membawa
kehopital,
dan mujur jugak Azie pengsan dihalaman,
dapat dilihat
orang.
--------------------------------------------------
"Mama
kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"
marah Ash
bila melihatkan Azie cuba menyapu lantai.
Sejak keluar
hospital hari tu, mertua dia meminta
supaya Azie
tinggal saja dirumah sehingga bersalin
kerana dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan
sebarang
kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya
tidak kuat.
"Ala
Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas
Azie. Itulah
panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan
pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga
sekali akan
Melakukan pemeriksaan, dan bila usia
kandungan
mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya
Azie hanya
berehat dihospital, supaya senang mengawasi
Azie dan
andainya apa-apa berlaku Azie akan terus
dibedah untuk
menyelamatkan nyawanya dan bayi yang
dikandung.
Setiap hari Azie akan dilawati oleh Ash.
Azie amat
bahagia, ternyata bayi yang dikandung
membawa
sinar, amat berharga kehadiran dia nanti,
sebab itulah
Azie sanggup tinggal dihospital , sanggup
menelan
berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja
semuanya demi
bayi itu. Kandungan sudah dipenghujung 7
bulan, Azie
amat bahagia merasakan gerakan-gerakan
manja bayi
yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi
dirasakan
amat membahagiakan. Doktor makin teliti
menjaga Azie,
kerana bimbang berlaku pertumpahan
darah, dan
akhirnya apa yang dibimbangi para doktor
menjadi nyata
apabila Azie mengalami pertumpahan darah
yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik
bedah dalam
masa beberapa minit sahaja. Ash tiba
bersama ibu
dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
ditenangkan
oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam
berlalu,
apakah khabarnya Azie di dalam sana. Ash
makin risau,
setengah jam kemudian doctor keluar.
Ash meluru
"doktor bagaimana isteri saya ?", Ash
terus
bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya,
tahniah anak
encik selamat, encik dapat anak
perempuan,
seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba
sedayaupaya
untuk selamatkan Puan Azie." terang
doktor.
"Apa
maksud doktor? Tanya Ash yang sudah tidak
sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba
sedaya upaya
menggantikan darahnya yang keluar itu,
dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan
kami mohon
kebenaran untuk membuang terus rahimnya
demi
menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah
doktor, saya izinkan asalkan isteri saya
selamat.
"Ermmm...
lekanya dia sampai terlena." tegur Ash
sambil
membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang
terlena
akibat kenyang selepas menyusu dengan Azie.
Azie hanya
tersenyum. Hari ni genap seminggu usia
Syuhadah.
Azie masih
lemah akibat kehilangan banyak darah.
Namun
dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah
hatinya. Dia
mencium sepenuh kasih sayang pipi comel
anaknya itu.
Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah
kenapa dia
rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya
terlalu sepi,
semalam dia mimpikan arwah ibunya,
datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya
hanya
tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini Azie
menjadi seorang perindu, dia rindukan
ibunya, dan
diceritakan perkara itu pada Ash.
"Mungkin
mak Azie datang tengok cucu dia, dan dia amat
gembira".
pujuk Ash menenangkan Azie.
--------------------------------------------------------------------
"Abang...
tolong Azie bang!!" laung Azie dari bilik
air.
"Ya
Allah Azie kenapa ni? Ash ketakutan. "Mak...
tolong mak...
makkkkkkkkkkk" Ash menjerit memanggil
emaknya
didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat
Ash"
perintah Mak Zaharah.
"Maaf
dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak
darah yang
keluar, dan kami tak sempat berbuat
apa-apa, dia
terlalu lemah dan akhirnya dia
'dijemputNya",
terang doktor. Terduduk Ash
mendengarkan
hal itu.
Jenazah
selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti
yang dia
sudah tidak akan menikmati titisan-titisan
susu Azie
lagi. Syuhadah menangis seolah-olah
ingin
memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu,
seorang ibu
yang bersusah payah, bersabung nyawa demi
untuk melihat
kelahirannya.
Demi
membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya.
Syuhadah Terus menangis seolah-olah tidak
rela dia
dipisahkan dengan ibunya yang hanya
bersamanya
untuk sekejap cuma. Semua yang hadir
kelihatan
mengesat mata, tidak sanggup mendengar
tangisan bayi
kecil itu. Semua terpaku dan terharu,
Ash mendukung
Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu,
akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.
--------------------------------------------------------------------
Abang yang
Azie rindui,
Abang maafkan
Azie kerana selama ini tidak mampu
menjadi
isteri yang terbaik buat abang. Saat abang
membaca surat
ini, mungkin Azie sudah jauh
meninggalkan
abang, Azie tak harapkan Azie akan
selamat
melahirkan anak ini, tapi Azie harap bayi akan
selamat walau
apa yang terjadi pada Azie.
Itu harapan
Azie bang. Azie masih ingat, rumah tangga
kita hampir
Runtuh kerana Azie tidak mampu memberikan
zuriat buat
abang, tapi bang, kali ni doa Azie
dimakbulkan,
dan untuk itu, biarlah Azie menanggung
segala
kapayahan demi zuriat ini bang.
Saat Azie
menulis surat ini, Azie masih lagi menjadi
penghuni
setia katil hospital ini. Baby kita makin
nakal
bergerak bang, tapi Azie bahagia merasa tiap
tendangan dia
abang, Azie bahagia, cukuplah saat manis
ini Azie dan
dia. Azie rasakan setiap pergerakannya
amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Azie hanya
ditakdirkan
untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan
sahaja Azie redha bang. siapalah Azie untuk
menolak
ketentuanNya. Azie tak mampu abang.
Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah
makbulkan doa
Azie untuk mengandungkan zuriat dari
benih abang
yang Azie cintai dan kasihi selamanya.
Azie redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi,
Azie redha,
kerana Allah telah memberikan Azie sesuatu
yang cukup
istemewa, dan andainya maut memisahkan kita
Azie harap
abang redha sebagaimana Azie redha.
Syukurlah
sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada
Azie untuk
merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau
cuma
seketika.
Andai apa
yang Azie takutkan terjadi, dan bayi ini
dapat
diselamatkan Azie harap abang akan jaganya
dengan penuh
kasih sayang. Azie harap abang jangan
biarkan
hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Azie
harapkan dia
akan mendapat seorang ibu yang mampu
menjaga
seorang anak yatim dengan baik danmenjaganya
dengan penuh
kasih sayang. Seumur hayat Azie, Azie tak
pernah
meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah
permintaan
Azie, janjilah anak ini akan mendapat
seorang ibu
yang penyayang.
Abang yang
Azie rindui...
Dulu sewaktu
rumah tangga kita dilandai badai, Azie
ingin sangat
ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi
Azie tak
berkesempatan, dan walaupun kini Azie tiada
lagi, tapi
Azie nak abang tahu yang... Azie rindukan
abang... ...
Azie rindu sangat dengan abang... ..rindu
bang... rindu
sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari
azie isterimu
Azie Bt.
Abdullah
Ash melipat
kembali surat itu, yang telah dibaca
berulang kali
dan kini dia amat rindukan Azie...
dan kini
barulah dia sedar betapa berharga sebuah
kerinduan
itu... ..
Azie...
.abang juga rindukanmu sayang..bisik hati
Ash
No comments:
Post a Comment