Pada suatu hari, sebuah keluarga telah pergi berkelah ditepi
pantai.Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya-raya;ada tauke balak,tauke
minyak, tauke minyak sawit, tauke emas dan macam-macam lagi.Sebenarnya,
kehidupan keluarga ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam
diTurki.
Mereka mula bertelagah sesama sendiri.Abang-abang yang kaya-raya itu mula
melupakan adik-adik mereka yang miskin.Ketika mereka berkelah, seorang adik
perempuan mereka telah diculik dan dirogol,dicabul dengan kejam. Perlakuan itu
dilakukan oleh pendatang haram yang sangat kejam. Perlakuan ini dilakukan
dihadapan abang-abang mereka dan juga dihadapan pengunjung yang ada disitu.
Adik-adik yang lemah itu hanya melihat dengan penuh kesayuan manakala abang-abang
yang kuat itu melihat dengan penuh keseronokan sambil makan makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Tidak lama selepas itu,seorang adik lelaki pula lemas
dihanyut ombak.Salah seorang adik yang lain cuba menyelamatkan adik yang lemas
tetapi dihalang oleh abang mereka sambil berkata; “Kita bawa berbincang dulu,
jangan terburu-buru,bahaya!”.
Disaat adik perempuan itu diratah penuh nafsu dan ketika adik lelaki yang
sedang kelemasan di tengah lautan, abang-abang mengajak duduk berbincang sambil
menikmati hidangan yang lazat.Abang sulung selaku pengerusi majlis berkata;
“tajuk persidangan kita hari ini adalah ‘cara-cara menyelamatkan adik perempun
yang dirogol dan adik lelaki yang sedang kelemasan”.Adik-adik yang berdarah
muda itu ingin menyelamatkan adik lelaki dan perempuan tetepi masih dihalang
abang yang tidak berhati perut sambil berkata;“Inilah orang muda,suka ikut
perasaan.Kita ambil jalan diplomasi”.Akhirnya, seorang abang dengan perasaan
takut pergi berjumpa pendatang itu dan berkata “Ini resolusi kami.Jangan rogol
adik kami.Kita buat gencatan nafsu”,katanya.Pencabulan terhadap adik mereka
masih berterusan sambil disaksikan oleh abang-abang itu.Seorang daripada adik
mereka cuba mendapatkan bot untuk menyelamatkan adik lelaki yang kelemasan
tetapi dihalang oleh abang mereka.”Hoi,abang tak guna!Tepilah!”, jerit adik
yang tidak puas hati.Bagi si abang,adik-adik hanya merosakkan keadaan adik-adik
ditakutkan dan dikenakan Akta I.S.A. [Ikut Suka Aku] malah adik perempuan pula
ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Kali ini mereka mengadakan mesyuarat
kononnya tergempar.Kali ini mereka sepakat.Mereka membuat kain rentang panjang
yang tertulis ‘Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan merogol adik kami!’.Kain
rentang satu lagi tertulis ‘Selamatkan adik kami yang sedang kelemasan!’.Mereka
memasang kain rentang tersebut dengan harapan ada yang akan menolong.
Adik perempuan mereka masih dicabul. Pakaian adik mereka sudah tiada lagi
ditubuh,mahkota daranya sudah dirampas.Adik lelaki mereka yang tadinya
kelihatan, kini seolah-olah hampir mati.Mereka mengangkat kain rentang sambil
menjerit meminta tolong.Bila melihat kain rentang itu tidak berkesan, mereka
membuat pula kain rentang yang lebih cantik besar dan panjang.Adik perempuan
masih dinodai manakala adik lelaki pula hanya menunggu Malaikat Maut mengambil
nyawa.Pegawai polis yang ada disitu hanya melihat insiden tersebut sambil
ketawa. Adik-adik yang lain pula bermesyuarat dan hanya melihat dengan penuh
kesayuan.Sehingga kini,pendatang tersebut semakin bermaharajalela.Sekarang,
adik yang lain pula ditakut-takutkan dan diugut supaya menyokong mereka. Itulah
kisah benar sebuah keluarga besar yang goyah.
*adik perempuan itu bernama Palestin
*adik lelaki bernama Iraq
*abang-abang itu adalah negara Arab yang kaya
*ayah mereka ialah sistem Khilafah
*adik-adik yang senyap itu adalah negara-negara Islam
*adik yang berdarah muda itu adalah gerakan Islam
*mesyuarat itu adalah mesyuarat OIC
*pengunjung yang hanya melihat perlakuan itu ialah umat Islam
*pegawai polis pula ialah pihak PBB
Masihkah kita tidak kisah? L