1. Barangsiapa yang memilih harta dan anak –
anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan
kerugian yang amat besar.
2. Barangsiapa yang menghabiskan waktu
berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka
dialah sebenarnya orang yang miskin.
3. Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada
salah seorang daripada hamba – hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar
dengan Allah pada haknya.
4. Berani adalah sifat mulia kerana berada
diantara pengecut dan membuta tuli.
5. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana
berada diantara bakhil dan boros.
6. Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam
menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian
engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.
7. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan
dan cinta terhadap Allah mesti di pelihara dan di pupuk, suburkan dengan solat
serta ibadah yang lainnya.
8. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan
adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana
ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.
9. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan
wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan.
Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.
10. Ilmu itu kehidupan hati daripada
kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada
kelemahan.
No comments:
Post a Comment