Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan
ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji
Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan
sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata
jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang
penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat
dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah
hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah
sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau
akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
No comments:
Post a Comment