Al-Hasan
meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia
tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus
dinar.
Secara
kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur
cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta
kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat
dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus
dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk
mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah
wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui
pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku
benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk
mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita
pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan
tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam
rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang
dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata:
“Marilah segera mendekatiku.”
Ketika
lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga
tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada
wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja
meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”
Wanita
pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu,
bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan
mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini
kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu
akan meninggalkan aku?”
Lelaki
ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas
kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi
meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya
aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita
pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami
kepada orang lain melainkan kamu.”
Lelaki
ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita
pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”
“Tidak,
biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.
Wanita
itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon
kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”
Lelaki
itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi
meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”
Selepas
berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah
pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar
dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang
telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia
sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada
ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya
permaisurimu telah datang kepadamu.”
Ketika
ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh
dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki
ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan
demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu
bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya
ini ada mempunyai saudara?”
Orang
yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki,
akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”
“Jika
memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku
cintai ini,” kata wanita itu.
Akhirnya
wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil
pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang
anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.
No comments:
Post a Comment