Suasana di
dalam bilik bersalin
begitu sunyi sekali. Yang
kedengaran
hanyalah suara rintihan Najwa
menahan kesakitan hendak melahirkan.
"Subhanallah....sakitnya...ssst...ist...isk...isk... aduuh....Bang
sakit
nya tak
tahan saya" keluh Najwa pada
suaminya Azri yang ketika itu
ada
disisinya.
"Apalah awak
ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi
masih
tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya
menunggu. Ni... mesti
ada
sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah
sebabnya lambat
sangat
nak keluar budak tu,
"Banyak dosa
agaknya," rungut Azri
pula kepada isterinya,
Najwa.
Sebak hati Najwa mendengar
rungutan suaminya itu,
tetapi dia
tidak
menghiraukannya, sebaliknya,
Najwa hanya mendiamkan
diri sahaja
dan
menahan kesakitannya yang
hendak melahirkan itu. Najwa tahu sudah
hampir 3
jam dia
berada dalam bilik
bersalin itu tetapi bayinya tidak juga
mahu
keluar. Itu
kehendak Allah Taala,
Najwa tidak mampu
berbuat
apa apa, hanya kepada
Allahlah dia berserah.
Sejak Najwa
mengandung ada sahaja
yang tidak kena
dihati
Azri
terhadapnya. Azri
seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Najwa
dan
anak yang dikandungnya
itu.
Jururawat yang
bertugas datang memeriksa
kandungan Najwa dan
kemudian
bergegas memanggil
Doktor Syamsul yaitu
Doktor Peribadi Najwa.
Doktor
Syamsul segera
datang dan bergegas
menyediakan keperluan
menyambut
kelahiran bayi Najwa
itu. Najwa hanya mendiamkan diri menahan
kesakitan
dan kelihatan air matanya
meleleh panas dipipi lebunya itu. Najwa
menangis
bukan kerana
takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan
Azri
tadi.
Saat melahirkan pun tiba.
Doktor Syamsul menyuruh Najwa meneran:
"Come on Wawa. You can
do it...one more...one more Wawa."
Kata kata
perangsang Doktor Syamsul itulah
yang membuatkan Najwa
begitu
bertenaga dan
dengan sekali teran
sahaja kepala bayinya itu pun
sudah
keluar...?
"Alhamdulillah", bisik Najwa apabila
dia melihat sahaja bayinya
yang
selamat dilahirkan
itu.
Tiba-tiba Najwa terasa sakit sekali lagi dan dia terus
meneran untuk
kali
keduanya, sejurus itu juga
keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.
"Tahniah Najwa,
You got twin,
boy and girl,
putih macam You
juga."
Begitulah kata kata pujian
dari Doktor Syamsul.
"Tahniah Azri,
it's a twin"
Doktor Syamsul mengucapkan Tahniah
kepada
Azri pula.
Azri hanya
mendiamkan diri sahaja
setelah menyaksikan kelahiran
anak
pertamanya itu,
kembar pula. Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh
Azri
melihat bagaimana keadaan
kelahiran anak anaknya itu.
Najwa sudah
mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang
lelaki
akan diberi
nama Mohammad Fikri
dan yang perempuan
akan diberi
nama
Farhana. Najwa merasa begitu
lega sekali setelah melahirkan kembarnya
itu,
tetapi sesekali
bila dia teringat kata kata Azri
sebelum dia
melahirkan
hatinya menjadi begitu sebak
dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu
banyak kata-kata Azri yang membuat Najwa
berasa
jauh hati sekali. Terutamanya
sepanjang dia mengandung. Tetapi Najwa
hanya
bersabar, kerana
dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia
akan
dimarahi semula.
Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa
sahaja.
Kedua dua
anaknya, Mohammad Fikri
dan Farhana telah diletakkan
dibawah
jagaan Nursery di Hospital
Universiti Singapura (NUH) untuk memberi
peluang
Najwa berehat
sebentar, kemudian nanti
dapatlah dia menyusukan
kedua
kembar yang comel
itu.
Tiba tiba
fikiran Najwa menerbang
kembali kedetik detik
semasa
dia
mengandung dahulu. Azri
memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara
yang
tidak kena. Macam macam kata
kata nista yang dilemparkan kearah Najwa.
Ada
sahaja tuduhan
yang tidak masuk
akal, semuanya dihamburkan pada
Najwa
seolah olah
melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Najwa menghadapi
itu
semua tetapi demi kestabilan
kandungannya, Najwa kuatkan juga semangat
dan
pendiriannya.
Yang paling
menyedihkan sekali ialah
sewaktu Najwa mula mula
disahkan
mengandung. Azri
tidak percaya yang Najwa
mengandung anaknya. Dua
kali
dia membuat
pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan
isterinya
itu. Keraguan timbul didalam
hati Azri tentang anak dalam kandungan
Najwa
itu. Azri
tidak boleh menerima
kenyataan yang Najwa akan
mengandung
sebegitu awal
sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan.
Kandungan
Najwa sudah
masuk 2 bulan... bermakna Najwa
cuma kosong selama
sebulan
sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Najwa pula itu
perkara biasa
sahaja
yang mungkin
turut dilalui oleh
pasangan lain
juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Najwa pulang
kerumahnya dalam
keadaan
sedih. Pada
mulanya Najwa berasa
sangat gembira bila
dia
disahkan
mengandung tetapi
sebaliknya bila Azri
tidak mahu menerima anak
dalam
kandungannya itu,
perasaannya terus berubah
menjadi duka pula.
Azri
menuduh yang Najwa berlaku curang, dan anak dalam
kandungannya itu
adalah
hasil dari
kecurangan Najwa sendiri. Hati
isteri mana yang tidak
remuk.
Hati isteri
mana yang tidak
kecewa apabila dituduh sebegitu
rupa
oleh
suaminya sendiri. Najwa
pasrah......
Pernah suatu ketika Najwa
bertengkar dengan suaminya.
"Kenapa abang
berlainan sekarang ni,
tak macam dulu,
pelembut,
suka
berjenaka,
ini
tidak asyik
nak cari kesalahan Wawa sahaja. Mengapa bang?" Najwa
bertanya
kepada Azri
.
"Kaulah penyebab
segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak
Azri.
"Entah jantan mana yang
kau dah layan kat opis kau tu." sergah Azri
lagi.
"Abang syak Wawa buat hubungan dengan lelaki lain
ke? Subhanallah??.
Kenapa
Abang syak
yang bukan-bukan ni, Wawakan
isteri Abang yang sah, tak
kanlah
Wawa nak buat jahat dengan
orang lain pulak, Bang"? sangkal Najwa pula.
"Allah dah
beri kita rezeki
awal, tak baik cakap macam tu. Itu
semua
kehendak Allah."
Najwa menghampiri sambil memeluk
badan suaminya
tetapi
Azri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali
sehingga tersungkur
Najwa
dibuatnya. Serentak
itu juga Najwa
menangis . Azri
langsung
tidak
mengindahkannya. Deraian
airmata Najwa semakin laju. Najwa
hanya
mampu
menangis sahaja.
Amat pedih sekali
Najwa rasakan untuk menahan
semua
tohmahan dari Azri, suaminya yang
sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Wawa. Kawan
baik dengan bini
sendiri,
suami sendiri,
bapak dengan anak,
hah! emak dengan menantu pun
boleh
terjadi tau, apatah lagi
macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau
yang
satu opis dengan kau tu, Taufik, bukan main baik
lagi budak tu dengan
kau."
Bentak Azri lagi.
Tanpa disangka
sangka rupanya Azri menaruh cemburu terhadap
isterinya.
"Entah-entah keturunan
kau, darah daging
kau pun tak senonoh
....heee
teruk. Nasib
aku lah dapat bini macam engkau ni," kutuk Azri
lagi
pada
Najwa.
"Bawa mengucap Bang,
jangan tuduh Wawa yang bukan-bukan. Wawa bukan
perempuan
yang tak tentu arah. Walaupun Wawa hanya anak
angkat dalam keluarga ni,
Wawa
bukan jenis macam tu, Wawa
tau akan halal haram, hukum hakam agama."
"Memang Wawa
tak pernah tau
asal usul keluarga
kandung Wawa, tapi
Wawa
bersyukur dan berterima kasih
pada emak angkat Wawa kerana menjaga Wawa
sejak
dari kecil lagi. Wawa
dianggapnya seperti darah daging sendiri.?"
Najwa mula membangkang kata
kata nista suaminya itu.
"Abang jangan cuba nak
menghina keluarga kandung Wawa kerana walaupun
mereka
tidak membesarkan Wawa tetapi disebabkan merekalah,
Wawa lahir kedunia
ini.?
Tambah Najwa lagi dengan sebak
didada.
Semenjak peristiwa
pertengkaran itulah, setiap hari Najwa terpaksa
pergi
ke tempat
kerja Azri apabila habis waktu
bekerjanya. Sementara
menunggu
Azri pulang
Najwa berehat di Surau tempat Azri
bekerja. Azri
bekerja
sebagai seorang salesman
handphone di salah sebuah Pusat membeli belah,
dan
kerjanya mengikut
shif. Kalau Azri bekerja shif malam terpaksalah
Najwa
menunggu Azri
sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga
apabila
perutnya semakin
membesar pun Azri masih
memaksanya. Terpaksalah
Najwa
berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan
mengatakan yang
dia
buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan
pertengkaran dan
tuduhan
serta kata nista suaminya
itu.
Dengan keadaan
perut semakin membesar Najwa
masih gagahkan juga
dirinya
pergi bekerja.
Kadangkala apabila Azri tidak menjemput Najwa
ditempat
kerja terpaksalah Najwa berasak asak menaiki bas
untuk pulang .
Begitulah
keadaan Najwa
sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah
sekali
Najwa minta dijemput kerana dia sudah larat benar
tetapi sebaliknya
Azri
membalasnya dengan
kata kata kesat kepadanya,
perempuan tak
tau
berdikarilah, berlagak senang
lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar
diri
lah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata
kata
nista dilemparkan
kepadanya.
Suatu hari Azri dalam
keadaan marah telah
menarik rambut Najwa
dan
menghantukkan kepala
Najwa ke dinding
sekuatnya... Najwa hanya
mampu
menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara
Najwa hendak
pergi
ke rumah
Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines.
Emak
Najwa sudah seminggu pergi kesana untuk menolong
Mak Saudaranya itu.
Hari
sudah semakin
petang jadi Najwa
mendesak agar bertolak cepat
sikit,
lagipun langit
sudah menunjukkan tanda
tanda hendak
hujan.
"Hari dah
nak hujan, Bang.
Elok rasanya kalau
kita pergi awal
sikit
bolehlah tolong apa
yang patut?" Pinta
Najwa.
Tanpa disangka
sangka kata kata Najwa itu membuatkan Azri marah
dan
dengan dengan
tiba-tiba sahaja Azri bangun. Dengan muka bengisnya,
Azri
memandang Najwa.
"Kau tahu
aku penatkan, tak boleh tunggu
ke, aku punya sukalah nak
pergi
malam ke, siang ke, tak pergi
lansung ke." marah Azri.
Najwa menjawab,
"Itu Wawa tau, Abang kan
dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat
lagi.
Sepantas kilat Azri datang
kepada Najwa dan direntapnya rambut
Najwa
lalu di
hantukkan kepala Najwa
kedinding. Najwa tidak berdaya
untuk
menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Azri berbuat
demikian...
terasa
kebas kepala Najwa dan dirasakannya mula
membengkak. Pening kepala
Najwa
dibuatnya.
"Ya Allah,
berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau
lindungilah
aku dan
kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya
Allah.?"
Doa Najwa dalam hatinya
dengan penuh keluhuran.
Najwa memencilkan dirinya
disudut dinding dan menangis sepuas
puasnya....
"Bang, Wawa
minta maaf jika
kata kata Wawa tadi membuatkan Abang
marah."
Najwa memohon maaf kepada
suaminya sambil tersedu sedu.
--
Hari
itu seperti biasa Azri
ketempat kerjanya. Tiba tiba
handphonenya
berbunyi. Kedengaran
suara Doktor Syamsul
menyuruhnya datang
segera ke
hospital, kerana
ada sesuatu yang
berlaku terhadap
Najwa.
Setibanya di hospital sahaja,
"Azri, kami
sudah cuba untuk
menyelamatkan Najwa tapi
kuasa
Allah
melebihi segalanya,
Najwa mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum
ini pernah
tak Najwa jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada
sesuatu
kerana sebelah
kanan kepalanya kelihatan
bengkak dan ada tanda
lebam.
Mungkin kesan dah lama?" Doktor Syamsul bertanya
agak serius. Dia
inginkan
penjelasan sebenar
dari Azri. Azri
hanya mendiamkan
diri.
Serentak itu juga Azri teringat yang dia pernah
menarik rambut Najwa
dan
menghantukkan kepala
Najwa kedinding sekuat
kuatnya... dan
selepas
kejadian itu Azri
tidak pernah sekali pun membawa Najwa ke Klinik
untuk
membuat pemeriksaan
kepalanya. Najwa sering mengadu sakit kepala
yang
teruk ...namun Azri tidak pernah mengindahkan
kesakitan Najwa itu,
malah
baginya Najwa
hanya mengada-ngadakan cerita
saja.... buat buat
sakit
untuk minta
simpati...
Sambil menekap mukanya dengan
tangan Azri menyesal....
"YA ALLAH apa
yang aku dah
buat
ni."
Doktor Syamsul menjelaskan
lagi:
"Doktor Zain
yang merawat Najwa kerana Najwa
mengadu sakit kepala
yang
amat sangat sewaktu dia
memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi
Doktor
Zain telah
membawa Najwa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya
dan
confirm otaknya
ada darah beku
tapi malangnya ia
sudah ditahap
yang
kritikal dan
kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Najwa tidak
mahu di
operation sebelum meminta izin
dari awak
Azri"
Hanya satu
permintaan terakhir arwahnya, dia
minta awak membaca
diarinya
ini.
"I'm really sorry, Azri.
Allah lebih menyayanginya.!!" kata Doktor
Syamsul
lagi lalu
menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin
bayi yang masih baru kepada
Azri.
Azri mengambil
diari tersebut. Satu lembaran
kesatu lembaran
dibukanya.
Setiap lembaran
tertulis rapi tulisan tangan Najwa mencoretkan
peristiwa
yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun
sekali Azri membacanya
dan
ternyata banyak
sekali keluhan, kesakitan
& segala luahan rasa
Najwa
semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Azri
dapati setiap
peristiwa
itu semuanya
adalah perlakuan buruk
Azri terhadap
Najwa...
"Ya Allah,
kenapa aku buat isteriku begini," keluh hati kecil Azri
penuh
penyesalan selepas
membaca setiap lembaran diari
itu. Dan pabila
tiba ke
muka surat terakhir, tiba tiba Azri terpandang
bunga ros merah yang
telah
kering... membuat Azri
tertarik untuk
membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang,
Azri.
"SELAMAT HARI
ULANG TAHUN PERKAHWINAN
KITA YANG PERTAMA
PADA
HARI
INI."
Dengan air
mata yang mula
bergenang Azri memulakan
bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni,
Abang berikan pada Wawa pada pertemuan
pertama
kita dulu.
Sudah lama Wawa
simpan bunga tu
Bang...
Bunga inilah
lambang kasih sayang
Wawa pada Abang selama ini. Ia
tidak
pernah berubah
pun walau telah kering..... Wawa
teramat menyayangi
Abang.
Wawa sentiasa menyimpan
setiap hadiah yang Abang berikan pada Wawa. Abang
tak
pernah tahu
kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Wawa
pada
Abang..
Terlebih dahulu
Wawa teringin sangat nak dengar
Abang panggil Wawa
'AYANG'
seperti kita
baru baru kahwin dulu...Abang panggil Wawa
'AYANG'...terasa
diri Wawa
dimanja bila Abang
panggil macam tu...walaupun Wawa cuma
dapat
merasa panggilan
AYANG itu seketika
sahaja. Abang sudah banyak
berubah
sekarang. Perkataan
'AYANG' telah hilang dan tidak kedengaran untuk
Wawa
lagi. Kenapa? Benci sangatkah
Abang pada Wawa? Wawa telah melakukan
kesalahan
yang menyinggung perasaan Abang
ke?
Abang...
Tulisan ini khas Wawa tujukan untuk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu
betapa
mendalamnya kasihsayang
Wawa pada Abang.
Abang tentu ingatkan hari
ini
merupakan hari
ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan
sebagai
hadiahnya Wawa
berikan
abang.......Mohammad Fikri dan
Farhana.
Buat diri Wawa, Wawa
tak perlukan apa apa pun dari
Abang cukuplah
dengan
kasih sayang
Abang pada Wawa. Wawa akan
pergi mencari ketenangan
dan
kedamaian untuk
diri Wawa. Wawa pergi untuk menemuiNya. Wawa reda
Bang....
Harapan Wawa,
Abang jagalah kedua
kembar kita tu dengan baik dan
jangan
sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa.
Itulah hadiah
paling
berharga dari
diri Wawa dan
mereka adalah darah daging Abang.
Janganlah
siksa mereka. Abang boleh
siksa Wawa tapi bukan mereka.
Sayangilah
mereka...
Dan yang terakhir sekali, Wawa ingin mengatakan
bahawa dalam hidup ini,
Wawa
belum pernah mengadakan apa
apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan
Abang
sahaja di
hati Wawa. Jiwa
dan raga Wawa
hanya untuk Abang
seorang.
Ribuan terima
kasih Wawa ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Wawa
walaupun
Wawa cuma
menumpang kasih didalam
sebuah keluarga yang menjaga Wawa
dari
kecil hinggalah Wawa bertemu
dengan Abang dan berkahwin.
Wawa harap Abang tidak akan
menyia-nyiakan kembar kita tu dan Wawa tidak
mahu
mereka mengikut
jejak kehidupan Wawa yang malang ini dan hanya
menumpang
kasih dari sebuah keluarga
yang bukan dari darah daging sendiri... tapi
Wawa
tetap bersyukur
kerana dapat mengecapi
kasih sayang sepenuhnya
dari
keluarga angkat Wawa. Wawa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu
pada
kembar kita yang Wawa ibunya,
akan sentiasa bersama disamping mereka
berdua,
walaupun Wawa
tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika
sahaja
dapat mengenyangkan mereka dengan air
susu
Wawa.
Berjanjilah pada Wawa, Bang!
dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah
darah
daging abang
sendiri...
Ampunkan Wawa dan halalkan segala makan minum Wawa
selama setahun kita
hidup
bersama.
Sekiranya Abang masih tidak
sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan
Farhana
dalam hidup
Abang, berilah mereka pada emak Wawa supaya emak dapat
menjaga
kembar kita
itu. Tentang segala
perbelanjaannya, janganlah Abang
risau
kerana Wawa
pun sudah masukkan nama emak
dalam CPF Wawa. Biarlah emak
yang
menjaga kembar kita itu,
sekurang-kurang
terubat juga
rindu emak sekeluarga pada Wawa nanti bila memandang
kembar
kita. Comel anak kita kan Bang! Mohammad Fikri
mengikut raut muka
Abang...
sejuk kata orang dan Wawa yakin mesti Farhana akan
mengikut iras raut
wajah
Wawa... Ibunya... sejuk
perut Wawa mengandungkan
mereka.
Inilah satu
satunya harta peninggalan yang
tidak ternilai dari Wawa
untuk
Abang. Semoga
Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Wawa walaupun
Wawa
sudah tiada
lagi disisi Abang
dan kembar
kita.
Salam sayang
terakhir dari Wawa
Untuk Abang dan
semua.
Doakanlah Kesejahteraan
Wawa.
Ikhlas dari isterimu yang
malang,
Najwa
Sehabis membaca diari
tersebut, Azri meraung menangis sekuat kuat
hatinya.
Dia
menyesal.......menyesal.......
"Sabarlah Azri,
Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada
Fikri dan Farhana,"
bujuk Zul, kawan baiknya.
Azri hanya tunduk
membisu.
Ya
Allah...
Wawa, maafkan
Abang. Tubuh Azri
menjadi longlai dan diari
ditangannya
terlepas, tiba
tiba sekeping gambar
dihari pernikahan antara Azri
dan
Najwa terjatuh
dikakinya lalu segera
Azri
mengambilnya.
Belakang gambar
itu tertulis "SAAT
PALING BAHAGIA DALAM
HIDUPKU
DAN
KELUARGA. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN
INI AKAN
SENTIASA
MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR
HAYATKU.?
Azri terjelepuk
dilantai dengan berjuta
penyesalan merangkumi
seluruh
tubuhnya. Dia seolah olah
menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu
demi
satu setiap perlakuan
buruknya terhadap Najwa seperti terakam dalam
kepala
otaknya... setiap
perbuatannya... seperti wayang
jelas
terpampang...
kenapalah sampai
begini jadinya... kejamnya aku... Wawa, maafkan
Abang!!
maafkan Abang!! Abang
menyesal....
Sewaktu jenazah Najwa tiba
dirumah suasananya amat memilukan sekali.
Azri
sudah tidak berdaya lagi
untuk melihat keluarga isterinya yang begitu
sedih
sekali diatas pemergian anak mereka. Walau
bagaimanapun emak Wawa
kelihatan
begitu tabah
dan redha. Kedua
dua kembar Azri sentiasa berada
didalam
pangkuan nenek
mereka.
Untuk kali
terakhirnya, Azri melihat muka Najwa yang kelihatan
begitu
tenang, bersih dan Azri terus
mengucup dahi Najwa.
"Najwa, Abang
minta ampun dan maaf," bisik Azri perlahan pada
telinga
Najwa sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya.
Apabila Azri meletakkan
kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan
dan
tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka
buat
kali terakhir dan terlihat
oleh Azri ada tetesan airmata bergenang di
tepi
mata Najwa.
Airmata itu meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu
diangkat
oleh
Azri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Azri
dan diberikan
kepada
neneknya. Jenazah
Najwa dibawa ke pusara. Ramai
saudara mara Najwa
dan
Azri mengiringi
jenazah, termasuklah kedua kembar
mereka. Mungkin
kedua
kembar itu
tidak tahu apa-apa tetapi biarlah
mereka mengiringi
pemergian
Wawa, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu.
Azri
tidak mampu
berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Najwa,
yang
selama ini hidup merana atas
perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Najwa
pun selamat dikebumikan.
Satu persatu
saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah
Azri
keseorangan di
pusara Najwa yang masih merah tanahnya... meratapi
pilu
pemergian isterinya
itu, berderai airmata
Azri dengan berjuta
juta
penyesalan
...
Sambil menadah
tangannya, Azri memohon pengampunan dari yang Maha
Esa...
Ya
Allah?.
Kuatkan semangat
hambamu ini. Hanya
Kau sahaja yang mengetahui
segala
dosaku pada
Najwa.... ampunkan aku
Ya
Allah....
Dalam tangisan
penyesalan itu, akhirnya
Azri terlelap disisi
pusara
Najwa. Sempat
juga dia bermimpi, Najwa datang menghampirinya,
mencium
tangan, mengucup
dahi dan memeluk
tubuhnya dengan lembut
mulus.
Azri melihat
Najwa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka
Najwa
yang putih bersih itu. Wawa..., Wawa..., Wawa...,
nak kemana Wawaa.........
Azri
terjaga dari
lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak
dan
keluarga mertuanya itu datang
mendekati
Azri. Mereka semua
menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas
Najwa......
End.