Pada suatu hari, Nabi Muhammad
S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman
mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib. Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama
Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.
Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut.
Melihat rambut itu, Nabi
meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang
berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar memberikan
perumpamaanya "Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cntik, org yg beriman lebih
manis drpd madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah drpd meniti
sehelai rambut”. Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg
mendalam perihal iman.
Tidak lama kemudian, Umar pula
menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik drpd mangkuk
yg cntik ini, seorg raja yang adil itu lebih manis drpd madu ini dan memerintah
dgn adil adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut". Berbeza
drpd Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan.
Seterusnya, Uthman bin Affan
pula memberikan pendapatnya iaitu, "Ilmu itu lebih cntik drpd mangkuk yg
cntik ini, org yg menuntut ilmu itu lebih manis drpd madu itu dan beramal
dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut".
Lantas apa pula kata Saidina Ali
sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan. Ali
berkata, "Tetamu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, menjamu tetamu
itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang
ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Fatimah juga turut memberikan
pendapatnya, "Seseorang wanita itu lebih cntik drpd mangkuk yg cantik ini,
wanita yg menutup auratnya lebih manis drpd madu dan mencari wanita yg tidak
pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar drpd meniti
sehelai rambut."
Nabi Muhammad gembira
mendengar perumpamaaan-perumpamaan drpd para sahabatnya dan puterinya tentang
tiga hal itu. Akhirnya Rasulullah pula memberikan pendapatnya..."Seorang
yg memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik drpd mangkuk yg cntik
ini. Beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis drpd madu dan melaksanakn dgn
ikhlas lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Tiba-tiba muncul Malaikat
Jibrail dan dia berkata, "Menegakkan tiang agama itu lebih
cantik drpd sebuah mangkuk yg cntik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi
mengembangkan agama itu lebih manis drpd madu dan memepertahankan agama
sehingga ke akhir hayat lebih sukar drpd meniti sehelai rambut".
Allah pula berfirman "SyurgaKu
lebih cntik drpd mangkuk yg cntik itu, nikmat syurgaKu lebih manis drpd madu
dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
<Petikan drpd buku
"Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada.">