Monday, 31 December 2012

Coretan untuk Adam



Didoakan semoga kalian beroleh selamat dibawah lindungan payung rahmat Allah SWT Amin.......

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak seelaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Haawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......................................


Petikan dari;
Warkah dakwah 1986

25 pesanan luqmanul hakim



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

solatku..



Aku adalah seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah. Diriku diberikan pendidikan agama secara terus menerus. Sejak kecil, aku diajar untuk mengenali Islam. Tadikaku adalah sekolah agama, di peringkat sekolah kebangsaan, aku dimasukkan ke sekolah agama. Sekolah menengah ku juga disisipkan pelajaran tambahan Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran. Pokoknya, aku memang bertuah kerana diberikan nafas Islam dalam hidupku.

Aku menginjak awal remaja, seterusnya cukup umur untuk diwajibkan menunaikan solat. Namun, hatiku berasa berat untuk menunaikan solat. Aku hanya mengangguk apabila ibu bapaku bertanya apakah aku sudah menunaikan solat. Aku mengunci diriku di dalam kamar buat beberapa ketika dan keluar hanya untuk memberitahu yang kononnya aku sudah solat. Pernah juga ibu bapaku ragu dengan kenyataanku, namun aku berjaya meyakinkan mereka. 

Beberapa program motivasi telah aku sertai, namun semuanya hanya berjaya menanamkan rasa untuk solat dalam diriku untuk masa yang sangat singkat. Selepas itu, aku teruskan tabiat lamaku. Aku lebih rela menipu daripada menunaikan solat. Betapa kuatnya pengaruh syaitan ke atas diriku. 

Hari berganti hari. Hatiku sering dilanda resah tanpa sebab. Kadang kala, aku rasa ingin menangis, namun tiada alasan mengapa. Diriku terasa sedih, pilu, gelisah dan kosong. Perasaan itu semakin kuat kesannya apabila aku bersendirian. Namun, tak terlintas dalam hatiku apa sebabnya.

Satu petang maghrib, aku melihat adikku melepak dan bersembang di birai katil. Aku berasa agak pelik kerana sepatutnya sekarang mereka sudah solat, lalu aku mengarah mereka untuk mengambil wudhu' dan pergi untuk menunaikan solat. Dengan langkah longlai, mereka menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan solat.

Mungkin sudah ketentuan Allah, sedang aku melihat adik-adikku khusyuk solat, terdetik di benakku, " Kenapa aku menyuruh adik-adikku bersembahyang sedangkan diriku tidak sembahyang?". Tiba-tiba hatiku luruh. Aku diam tanpa kata. Perasaan sebak memenuhi rongga dadaku. Ya, benar kata benakku. Aku menyuruh adikku menunaikan solat walaupun mereka belum akil baligh, tapi aku yang sepatutnya menyembah Allah yang Maha Esa tidak pula menunaikan kewajipanku. Tanpa ku sedari, air mata luruh di pipi. Teringat aku kepada firman Allah yang lebih menyebakkan dadaku.


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Surah As-Saff 3&4

Pantas kakiku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Dengan rasa keinsafan yang terbit dalam sanubari, aku mengangkat takbir untuk pertama kalinya dengan hati yang penuh ketenangan. Setiap rukukku, sujudku terasa begitu bermakna. Bacaan Al-Fatihahku terasa begitu sayu. Betapa sebenarnya rohaniku rindu pada Allah. Betapa jiwaku sebenarnya meronta ingin menghadap Allah. Betapa sebenarnya aku mahu solat.

Tidak lama kemudian, tiba pula bulan Ramadhan. Aku bertekad untuk belajar memenuhi solat 5 waktu sepanjang bulan itu. Aku melawan nafsuku semata-mata untuk menunaikan solat. Hatiku menjadi lebih tenteram. Jiwaku tenang. Tiada lagi keresahan merundung jiwa. Kini aku tahu mengapa hati sering dibelenggu kesedihan. Aku rindukan Allah. Aku terlalu merinduiNya...

Kini, aku merasakan hari-hariku lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik baruku, SOLAT. Aku berharap hidupku akan terus dipenuhi solat, tak kisahlah yang wajib atau yang sunat. Amin...

Friday, 28 December 2012

kahwin awal?

brtuah nye la dpt nikah awal.. :D

http://cokelatbasi.blogspot.com/2012/12/new-life-of-ex-bachelorette.html

Tuesday, 25 December 2012

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 


Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

Monday, 24 December 2012

Suatu Penyesalan..


Suasana  di  dalam  bilik  bersalin  begitu  sunyi  sekali. Yang
kedengaran
hanyalah suara rintihan Najwa menahan kesakitan hendak melahirkan.
"Subhanallah....sakitnya...ssst...ist...isk...isk...   aduuh....Bang 
sakit
nya  tak  tahan  saya" keluh Najwa pada suaminya Azri yang ketika itu
ada
disisinya.
"Apalah  awak  ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi
masih
tak  keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti
ada
sesuatu  yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat
sangat
nak keluar budak tu,
"Banyak   dosa  agaknya,"  rungut  Azri  pula  kepada  isterinya, 
Najwa.

Sebak  hati  Najwa  mendengar  rungutan  suaminya  itu,  tetapi  dia
tidak
menghiraukannya,  sebaliknya,  Najwa  hanya  mendiamkan  diri  sahaja 
dan
menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Najwa tahu sudah
hampir 3
jam  dia  berada  dalam  bilik  bersalin itu tetapi bayinya tidak juga
mahu
keluar.   Itu   kehendak   Allah   Taala,   Najwa   tidak   mampu 
berbuat
apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak   Najwa   mengandung   ada  sahaja  yang  tidak  kena  dihati 
Azri
terhadapnya.  Azri  seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Najwa
dan
anak                 yang                 dikandungnya                
itu.

Jururawat  yang  bertugas  datang  memeriksa  kandungan Najwa dan
kemudian
bergegas  memanggil  Doktor  Syamsul  yaitu  Doktor Peribadi Najwa.
Doktor
Syamsul   segera   datang  dan  bergegas  menyediakan  keperluan 
menyambut
kelahiran  bayi  Najwa itu. Najwa hanya mendiamkan diri menahan
kesakitan
dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi lebunya itu. Najwa
menangis
bukan  kerana  takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan
Azri
tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Najwa meneran:
"Come on Wawa. You can do it...one more...one more Wawa."
Kata  kata  perangsang  Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Najwa
begitu
bertenaga  dan  dengan  sekali  teran  sahaja  kepala bayinya itu pun
sudah
keluar...?
"Alhamdulillah",  bisik  Najwa  apabila  dia  melihat  sahaja bayinya
yang
selamat                           dilahirkan                          
itu.

Tiba-tiba  Najwa terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk
kali
keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.
"Tahniah  Najwa,  You  got  twin,  boy  and  girl,  putih macam You
juga."
Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul.
"Tahniah  Azri,  it's  a  twin"  Doktor Syamsul mengucapkan Tahniah
kepada
Azri pula.
Azri  hanya  mendiamkan  diri  sahaja  setelah  menyaksikan kelahiran
anak
pertamanya  itu,  kembar pula. Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh
Azri
melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Najwa  sudah  mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang
lelaki
akan  diberi  nama  Mohammad  Fikri  dan  yang  perempuan  akan diberi
nama
Farhana. Najwa merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya
itu,
tetapi  sesekali  bila  dia teringat kata kata Azri sebelum dia
melahirkan
hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Azri yang membuat Najwa
berasa
jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Najwa
hanya
bersabar,  kerana  dia  tahu  kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia
akan
dimarahi  semula.  Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa
sahaja.

Kedua  dua  anaknya,  Mohammad  Fikri  dan Farhana telah diletakkan
dibawah
jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi
peluang
Najwa  berehat  sebentar,  kemudian  nanti  dapatlah  dia menyusukan
kedua
kembar                   yang                   comel                 
itu.

Tiba  tiba  fikiran  Najwa  menerbang  kembali  kedetik  detik  semasa
dia
mengandung dahulu. Azri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara
yang
tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Najwa.
Ada
sahaja  tuduhan  yang  tidak  masuk  akal, semuanya dihamburkan pada
Najwa
seolah  olah  melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Najwa menghadapi
itu
semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Najwa kuatkan juga semangat
dan
pendiriannya.

Yang  paling  menyedihkan  sekali  ialah  sewaktu Najwa mula mula
disahkan
mengandung.  Azri  tidak  percaya yang Najwa mengandung anaknya. Dua
kali
dia  membuat  pemeriksaan  Antenatal  untuk mengesahkan kandungan
isterinya
itu. Keraguan timbul didalam hati Azri tentang anak dalam kandungan
Najwa
itu.  Azri  tidak  boleh  menerima  kenyataan  yang Najwa akan
mengandung
sebegitu  awal  sekali  sedangkan  mereka berkahwin baru 3 bulan.
Kandungan
Najwa  sudah  masuk  2 bulan... bermakna Najwa cuma kosong selama
sebulan
sahaja  selepas mereka berkahwin. Bagi Najwa pula itu perkara biasa
sahaja
yang     mungkin     turut     dilalui    oleh    pasangan    lain   
juga.

Setelah  membuat pemeriksaan Doktor, Najwa pulang kerumahnya dalam
keadaan
sedih.  Pada  mulanya  Najwa  berasa  sangat  gembira  bila  dia 
disahkan
mengandung  tetapi  sebaliknya  bila  Azri  tidak mahu menerima anak
dalam
kandungannya  itu,  perasaannya  terus  berubah  menjadi  duka  pula.
Azri
menuduh  yang Najwa berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu
adalah
hasil  dari  kecurangan  Najwa sendiri. Hati isteri mana yang tidak
remuk.
Hati  isteri  mana  yang  tidak  kecewa  apabila dituduh sebegitu rupa
oleh
suaminya              sendiri.              Najwa             
pasrah......

Pernah suatu ketika Najwa bertengkar dengan suaminya.
"Kenapa  abang  berlainan  sekarang  ni,  tak  macam  dulu,  pelembut,
suka
berjenaka,                                                             
ini
tidak  asyik  nak cari kesalahan Wawa sahaja. Mengapa bang?" Najwa
bertanya
kepada                                Azri                              
.
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak
Azri.
"Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Azri
lagi.


"Abang  syak Wawa buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.
Kenapa
Abang  syak  yang  bukan-bukan ni, Wawakan isteri Abang yang sah, tak
kanlah
Wawa nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Najwa pula.
"Allah  dah  beri  kita  rezeki  awal,  tak  baik cakap macam tu. Itu
semua
kehendak  Allah."  Najwa  menghampiri sambil memeluk badan suaminya
tetapi
Azri  meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur
Najwa
dibuatnya.  Serentak  itu  juga  Najwa  menangis  .  Azri  langsung
tidak
mengindahkannya.  Deraian  airmata  Najwa semakin laju. Najwa hanya
mampu
menangis  sahaja.  Amat  pedih  sekali  Najwa  rasakan untuk menahan
semua
tohmahan         dari        Azri,        suaminya        yang       
sah.

"Woi,  benda-benda tu boleh terjadilah Wawa. Kawan baik dengan bini
sendiri,
suami  sendiri,  bapak  dengan  anak,  hah!  emak  dengan menantu pun
boleh
terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau
yang
satu  opis dengan kau tu, Taufik, bukan main baik lagi budak tu dengan
kau."
Bentak Azri lagi.
Tanpa  disangka  sangka  rupanya  Azri menaruh cemburu terhadap
isterinya.

"Entah-entah  keturunan  kau,  darah  daging  kau  pun tak senonoh
....heee
teruk.  Nasib  aku  lah  dapat bini macam engkau ni," kutuk Azri lagi
pada
Najwa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Wawa yang bukan-bukan. Wawa bukan
perempuan
yang  tak tentu arah. Walaupun Wawa hanya anak angkat dalam keluarga ni,
Wawa
bukan jenis macam tu, Wawa tau akan halal haram, hukum hakam agama."

"Memang  Wawa  tak  pernah  tau  asal  usul  keluarga  kandung Wawa, tapi
Wawa
bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Wawa kerana menjaga Wawa
sejak
dari kecil lagi. Wawa dianggapnya seperti darah daging sendiri.?"
Najwa mula membangkang kata kata nista suaminya itu.

"Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Wawa kerana walaupun
mereka
tidak  membesarkan Wawa tetapi disebabkan merekalah, Wawa lahir kedunia
ini.?
Tambah         Najwa        lagi        dengan        sebak       
didada.

Semenjak  peristiwa  pertengkaran itulah, setiap hari Najwa terpaksa
pergi
ke  tempat  kerja  Azri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara
menunggu
Azri  pulang  Najwa  berehat di Surau tempat Azri bekerja. Azri
bekerja
sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah,
dan
kerjanya  mengikut  shif. Kalau Azri bekerja shif malam terpaksalah
Najwa
menunggu  Azri  sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga
apabila
perutnya  semakin  membesar  pun Azri masih memaksanya. Terpaksalah
Najwa
berbohong  kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang
dia
buat  kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan
tuduhan
serta             kata            nista            suaminya           
itu.

Dengan  keadaan  perut  semakin membesar Najwa masih gagahkan juga
dirinya
pergi  bekerja.  Kadangkala  apabila  Azri tidak menjemput Najwa
ditempat
kerja  terpaksalah Najwa berasak asak menaiki bas untuk pulang .
Begitulah
keadaan  Najwa  sehinggalah  hampir  pada waktu bersalinnya. Pernah
sekali
Najwa  minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya
Azri
membalasnya   dengan   kata   kata   kesat  kepadanya,  perempuan  tak 
tau
berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar
diri
lah,  tak  layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata
kata
nista                         dilemparkan                       
kepadanya.

Suatu  hari  Azri  dalam  keadaan  marah  telah  menarik rambut Najwa
dan
menghantukkan  kepala  Najwa  ke  dinding  sekuatnya... Najwa hanya
mampu
menangis  dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Najwa hendak
pergi
ke  rumah  Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines.
Emak
Najwa  sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu.
Hari
sudah  semakin  petang  jadi  Najwa  mendesak  agar  bertolak cepat
sikit,
lagipun    langit    sudah    menunjukkan   tanda   tanda   hendak  
hujan.
"Hari  dah  nak  hujan,  Bang.  Elok  rasanya  kalau  kita pergi awal
sikit
bolehlah      tolong      apa      yang      patut?"      Pinta    
Najwa.

Tanpa  disangka  sangka  kata  kata  Najwa  itu membuatkan Azri marah
dan
dengan  dengan  tiba-tiba sahaja Azri bangun. Dengan muka bengisnya,
Azri
memandang Najwa.
"Kau  tahu  aku  penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak
pergi
malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Azri.
Najwa menjawab,
"Itu Wawa tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat
lagi.
Sepantas  kilat  Azri  datang  kepada Najwa dan direntapnya rambut
Najwa
lalu  di  hantukkan  kepala  Najwa  kedinding.  Najwa tidak berdaya
untuk
menghalangnya.  Ya Allah! Sungguh tergamak Azri berbuat demikian...
terasa
kebas  kepala Najwa dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala
Najwa
dibuatnya.

"Ya  Allah,  berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau
lindungilah
aku  dan  kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya
Allah.?"
Doa Najwa dalam hatinya dengan penuh keluhuran.

Najwa memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas
puasnya....
"Bang,  Wawa  minta  maaf  jika  kata kata Wawa tadi membuatkan Abang
marah."
Najwa memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
 --

 Hari  itu  seperti  biasa  Azri ketempat kerjanya. Tiba tiba
handphonenya
berbunyi.  Kedengaran  suara  Doktor  Syamsul  menyuruhnya datang
segera ke
hospital,    kerana    ada    sesuatu   yang   berlaku   terhadap  
Najwa.

Setibanya di hospital sahaja,
"Azri,  kami  sudah  cuba  untuk  menyelamatkan  Najwa  tapi  kuasa
Allah
melebihi  segalanya,  Najwa mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum
ini  pernah  tak Najwa jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada
sesuatu
kerana  sebelah  kanan  kepalanya  kelihatan  bengkak  dan ada tanda
lebam.
Mungkin  kesan dah lama?" Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia
inginkan
penjelasan    sebenar    dari   Azri.   Azri   hanya   mendiamkan  
diri.

Serentak  itu juga Azri teringat yang dia pernah menarik rambut Najwa
dan
menghantukkan   kepala  Najwa  kedinding  sekuat  kuatnya...  dan 
selepas
kejadian  itu  Azri tidak pernah sekali pun membawa Najwa ke Klinik
untuk
membuat  pemeriksaan  kepalanya.   Najwa  sering mengadu sakit kepala
yang
teruk  ...namun Azri tidak pernah mengindahkan kesakitan Najwa itu,
malah
baginya  Najwa  hanya  mengada-ngadakan  cerita  saja....  buat buat
sakit
untuk                            minta                          
simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Azri menyesal....
"YA       ALLAH       apa       yang       aku      dah      buat     
ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi:
"Doktor  Zain  yang  merawat Najwa kerana Najwa mengadu sakit kepala
yang
amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi
Doktor
Zain  telah  membawa  Najwa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan
confirm  otaknya  ada  darah  beku  tapi  malangnya  ia  sudah ditahap
yang
kritikal  dan  kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Najwa tidak
mahu di
operation      sebelum      meminta      izin      dari     awak    
Azri"

Hanya  satu  permintaan  terakhir arwahnya, dia minta awak membaca
diarinya
ini.
"I'm really sorry, Azri. Allah lebih menyayanginya.!!" kata Doktor
Syamsul
lagi  lalu  menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin
bayi          yang         masih         baru         kepada        
Azri.

Azri  mengambil  diari  tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran
dibukanya.
Setiap  lembaran  tertulis rapi tulisan tangan Najwa mencoretkan
peristiwa
yang  berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Azri membacanya
dan
ternyata  banyak  sekali  keluhan,  kesakitan  &  segala luahan rasa
Najwa
semuanya  tertera didalam diari tersebut. Dan Azri dapati setiap
peristiwa
itu    semuanya   adalah   perlakuan   buruk   Azri   terhadap  
Najwa...

"Ya  Allah,  kenapa aku buat isteriku begini," keluh hati kecil Azri
penuh
penyesalan  selepas  membaca  setiap lembaran diari itu. Dan pabila
tiba ke
muka  surat terakhir, tiba tiba Azri terpandang bunga ros merah yang
telah
kering...      membuat      Azri      tertarik     untuk    
membacanya...

Untuk           suamiku           yang           tersayang,         
Azri.

"SELAMAT   HARI  ULANG  TAHUN  PERKAHWINAN  KITA  YANG  PERTAMA  PADA 
HARI
 INI."
Dengan   air   mata  yang  mula  bergenang  Azri  memulakan 
bacaannya....

Assalamualaikum.
Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Wawa pada pertemuan
pertama
kita     dulu.     Sudah    lama    Wawa    simpan    bunga    tu   
Bang...

Bunga  inilah  lambang  kasih  sayang  Wawa  pada Abang selama ini. Ia
tidak
pernah  berubah  pun  walau telah kering..... Wawa teramat menyayangi
Abang.
Wawa sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Wawa. Abang
tak
pernah  tahu  kan...  Itulah  salah satu buktinya betapa sayangnya Wawa
pada
Abang..

Terlebih  dahulu  Wawa  teringin sangat nak dengar Abang panggil Wawa
'AYANG'
seperti  kita  baru  baru  kahwin dulu...Abang panggil Wawa
'AYANG'...terasa
diri  Wawa  dimanja  bila  Abang  panggil macam tu...walaupun Wawa cuma
dapat
merasa  panggilan  AYANG  itu  seketika  sahaja. Abang sudah banyak
berubah
sekarang.  Perkataan  'AYANG'  telah  hilang dan tidak kedengaran untuk
Wawa
lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Wawa? Wawa telah melakukan
kesalahan
yang           menyinggung           perasaan           Abang          
ke?

Abang...
Tulisan  ini khas Wawa tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
betapa
mendalamnya  kasihsayang  Wawa  pada  Abang.  Abang  tentu ingatkan hari
ini
merupakan  hari  ulangtahun  perkahwinan  kita  yang  pertama  dan 
sebagai
hadiahnya    Wawa    berikan   abang.......Mohammad   Fikri   dan  
Farhana.

Buat  diri  Wawa,  Wawa  tak  perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah
dengan
kasih  sayang  Abang  pada  Wawa.  Wawa  akan  pergi  mencari  ketenangan
dan
kedamaian  untuk  diri  Wawa.  Wawa pergi untuk menemuiNya. Wawa reda
Bang....

Harapan  Wawa,  Abang  jagalah  kedua  kembar kita tu dengan baik dan
jangan
sekali-kali  sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah
paling
berharga  dari  diri  Wawa  dan  mereka adalah darah daging Abang.
Janganlah
siksa mereka. Abang boleh siksa Wawa tapi bukan mereka.

Sayangilah                                                       
mereka...
Dan  yang terakhir sekali, Wawa ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini,
Wawa
belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan
Abang
sahaja  di  hati  Wawa.  Jiwa  dan  raga  Wawa  hanya  untuk  Abang 
seorang.

Ribuan  terima  kasih Wawa ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Wawa
walaupun
Wawa  cuma  menumpang  kasih  didalam  sebuah keluarga yang menjaga Wawa
dari
kecil hinggalah Wawa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Wawa harap Abang tidak akan menyia-nyiakan kembar kita tu dan Wawa tidak
mahu
mereka  mengikut  jejak  kehidupan  Wawa yang malang ini dan hanya
menumpang
kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri... tapi
Wawa
tetap  bersyukur  kerana  dapat  mengecapi  kasih  sayang  sepenuhnya 
dari
keluarga  angkat Wawa. Wawa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu
pada
kembar kita yang Wawa ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka
berdua,
walaupun  Wawa  tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika
sahaja
dapat      mengenyangkan      mereka      dengan      air     susu    
Wawa.

Berjanjilah  pada  Wawa,  Bang!  dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah
darah
daging                           abang                          
sendiri...

Ampunkan  Wawa dan halalkan segala makan minum Wawa selama setahun kita
hidup
bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan
Farhana
dalam  hidup  Abang, berilah mereka pada emak Wawa supaya emak dapat
menjaga
kembar  kita  itu.  Tentang  segala  perbelanjaannya, janganlah Abang
risau
kerana  Wawa  pun sudah  masukkan nama emak dalam CPF Wawa. Biarlah emak
yang
menjaga          kembar          kita          itu,        
sekurang-kurang
terubat  juga  rindu  emak  sekeluarga pada Wawa nanti bila memandang
kembar
kita.  Comel anak kita kan Bang! Mohammad Fikri mengikut raut muka
Abang...
sejuk  kata orang dan Wawa yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut
wajah
Wawa...     Ibunya...     sejuk     perut    Wawa    mengandungkan   
mereka.

Inilah  satu  satunya  harta peninggalan yang tidak ternilai dari Wawa
untuk
Abang.  Semoga  Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Wawa walaupun
Wawa
sudah      tiada     lagi     disisi     Abang     dan     kembar    
kita.

Salam    sayang    terakhir    dari    Wawa    Untuk    Abang   dan  
semua.

Doakanlah                         Kesejahteraan                       
Wawa.

Ikhlas            dari            isterimu           yang          
malang,

Najwa

Sehabis membaca diari tersebut, Azri meraung menangis sekuat kuat
hatinya.
Dia                                         
menyesal.......menyesal.......


"Sabarlah  Azri,  Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada
Fikri dan Farhana," bujuk Zul, kawan baiknya.
Azri                 hanya                 tunduk                
membisu.

Ya                                                                
Allah...

Wawa,  maafkan  Abang.  Tubuh  Azri  menjadi  longlai dan diari
ditangannya
terlepas,  tiba  tiba  sekeping  gambar  dihari pernikahan antara Azri
dan
Najwa    terjatuh    dikakinya    lalu    segera    Azri   
mengambilnya.

Belakang  gambar  itu  tertulis  "SAAT  PALING  BAHAGIA  DALAM  HIDUPKU
DAN
KELUARGA.   SEMOGA   KEGEMBIRAAN   DAN   KEBAHAGIAAN   INI   AKAN 
SENTIASA
MENYELUBUNGIKU             HINGGA             KEAKHIR            
HAYATKU.?

Azri  terjelepuk  dilantai  dengan  berjuta  penyesalan merangkumi
seluruh
tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu
demi
satu setiap perlakuan buruknya terhadap Najwa seperti terakam dalam
kepala
otaknya...   setiap  perbuatannya...  seperti  wayang  jelas 
terpampang...
kenapalah  sampai  begini  jadinya...  kejamnya aku... Wawa, maafkan
Abang!!
maafkan               Abang!!               Abang             
menyesal....

Sewaktu jenazah Najwa tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali.
Azri
sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu
sedih
sekali  diatas pemergian anak mereka. Walau bagaimanapun emak Wawa
kelihatan
begitu  tabah  dan  redha.  Kedua  dua kembar Azri sentiasa berada
didalam
pangkuan                            nenek                          
mereka.

Untuk  kali  terakhirnya,  Azri  melihat muka Najwa yang kelihatan
begitu
tenang, bersih dan Azri terus mengucup dahi Najwa.
"Najwa,  Abang  minta  ampun  dan maaf," bisik Azri perlahan pada
telinga
Najwa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya.
Apabila Azri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan
dan
tangan  dari  bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka
buat
kali terakhir dan terlihat oleh Azri ada tetesan airmata bergenang di
tepi
mata  Najwa.  Airmata  itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu
diangkat
oleh                                                                
Azri.

Kembarnya  menangis semula setelah diangkat oleh Azri dan diberikan
kepada
neneknya.  Jenazah  Najwa  dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Najwa
dan
Azri  mengiringi  jenazah,  termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin
kedua
kembar  itu  tidak  tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi
pemergian
Wawa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu.
Azri
tidak  mampu  berkata  apa-apa  melainkan  menangisi pemergian Najwa,
yang
selama        ini        hidup        merana       atas      
perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Najwa pun selamat dikebumikan.
Satu  persatu  saudara  mara  meninggalkan kawasan pusara, tinggallah
Azri
keseorangan  di  pusara  Najwa  yang masih merah tanahnya... meratapi
pilu
pemergian  isterinya  itu,  berderai  airmata  Azri  dengan  berjuta 
juta
penyesalan                                                             
...

Sambil  menadah  tangannya, Azri memohon pengampunan dari yang Maha
Esa...


Ya                                                                 
Allah?.
Kuatkan  semangat  hambamu  ini.  Hanya  Kau  sahaja yang mengetahui
segala
dosaku      pada      Najwa....      ampunkan     aku     Ya    
Allah....

Dalam  tangisan  penyesalan  itu,  akhirnya  Azri  terlelap  disisi
pusara
Najwa.  Sempat  juga  dia  bermimpi, Najwa datang menghampirinya,
mencium
tangan,   mengucup   dahi   dan   memeluk  tubuhnya  dengan  lembut 
mulus.

Azri  melihat  Najwa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka
Najwa
yang  putih bersih itu. Wawa..., Wawa..., Wawa..., nak kemana Wawaa.........
Azri
terjaga  dari  lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak
dan
keluarga mertuanya itu datang mendekati
Azri.             Mereka             semua            
menyabarkannya.....

Semoga       Allah      mencucuri      rahmat      keatas     
Najwa......

End.